**Suhaila's area**
LAPORAN MENCERIAKAN TASKI
Friday, December 27, 2013 | 5:52 AM | 0 ♥ Sweet Candy
NAMA: NOR SUHAILA BINTI KHAIROL BONG
NO MATRIK:A13MJ0086/1SMJC
KURSUS : BUDI PENYAYANG

TARIKH AKTIVITI:4 DISEMBER 2013

                              Aktiviti          :           Menceriakan Taska Ilham
Tarikh           :           4/Disember/2013
Masa             :           2.00-6.00 ptg
Tempat         :           Taska Ilham








LAPORAN KARNIVAL MAHABBAH
| 5:37 AM | 0 ♥ Sweet Candy
NAMA: NOR SUHAILA BINTI KHAIROL BONG
NO MATRIK:A13MJ0086/1SMJC
KURSUS : BUDI PENYAYANG

TARIKH AKTIVITI:11 DISEMBER 2013

      Aktiviti                :           Program Karnival Mahabbah Pusat Islam 2013
Tarikh                  :           11/Disember/2013
Masa                    :           2.00-6.00 ptg
Tempat                :           Pusat Islam UTM KL

1.     Aktiviti membantu menyediakan bahan masakan untuk Karnival Mahabbah









CASE STUDY-GELANDANGAN
| 5:16 AM | 0 ♥ Sweet Candy
            Gelandangan (orang-orang merempat) di Kuala Lumpur kini mencecah 2,500 orang dan ada lebih 500 orang adalah gelandangan tegar. Yang menyedihkan ialah, hampir 80 peratus gelandangan adalah terdiri dari kalangan orang Melayu.Mengikut takrif  Kamus Dewan, ‘gelandangan’ ialah orang yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap. Mereka menjadi fokus satu rencana di akhbar baru-baru ini dan merupakan fenomena yang sudah lazim bagi mereka yang berada di bandaraya Kuala Lumpur dan mungkin pusat-pusat bandar yang lain juga. Apa yang kita tahu ialah mereka bukan penjenayah.

Gambar 1: Gelandangan yang terpaksa tidur di tepi jalan

             Apakah penyebab masalah gelandangan? Salah satunya mungkin masalah ini berpunca daripada masalah kesempitan ekonomi. Ramai penyelidik menjadikan Amerika sebagai contoh iaitu negara maju tersebut mengalami resesi ekonomi pada awal tahun 2000an. Harga barang naik, sementara pendapatan kaum miskin tidak berubah, atau malah berkurang. Ada orang yang produktif dan tidak menderita cacat mental, tetapi tidak mampu memenuhi keperluan harian sendiri. Walau apapun penyebabnya, kehidupan harian sangat berat bagi seorang gelandangan di Amerika. Untuk mencari tempat berteduh  dari panas dan hujan serta kering setiap malam menyebabkan mereka tidur di kawasan bawah jambatan, tepian hentian bas, di bawah pokok rendang di tengah kota dengan susunan kota dan sebagainya.



              Jelas sekali faktor utama yang menjadi penyebab gelandangan ialah kemiskinan.

Gambar 2: Pendapatan Garis Kemiskinan


          Sewa rumah, bayaran bil, makanan dan pakaian tidak mampu untuk diperolehi. Lantas dengan faktor inilah menjadikan jumlah gelandangan semakin banyak di kota besar. Oscar dan Suparlan, 1984 menyatakan kemiskinan merupakan suatu ketidaksanggupan seseorang untuk memuaskan keperluan-keperluan materialnya. 

         Terdapat berbagai alasan yang menjadikan seseorang memilih untuk menjalani hidupnya sebagai seorang gelandangan. Bermula dari masalah psikologi, kerenggangan hubungan dengan orang tua dan keluarga, atau keinginan untuk hidup bebas. Namun alasan yang paling kerap digunakan dan paling umum adalah kegagalan para perantau dalam mencari pekerjaan yang bergaji lumayan.  

          Sebagai usaha menangani isu gelandangan ini, beberapa jalan penyelesaian dilakukan. Antaranya ialah usaha oleh pertubuhan badan bukan kerajaan, Rich Organization yang memperjuangkan isu gelandangan (homeless) di sekitar Lembah Klang. Begitu juga dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Isu Golongan Gelandangan dalam usaha membanteras masalah individu berpeleseran di negara ini melalui pendekatan yang terbaik. Bagi mereka yang ingin mencari pekerjaan, kaunter Jabatan Tenaga Kerja dibuka setiap malam Selasa dan Khamis di Masjid India dan kawasan berhampiran Hentian Puduraya.  Selain itu, Mesyuarat Majlis Sosial Negara memutuskan untuk menubuhkan sebuah Pusat Sehenti Intervensi bertujuan membantu golongan gelandangan.  Pusat itu ditubuhkan bagi menangani isu membabitkan golongan itu serta memberikan perlindungan sementara supaya selepas itu mereka boleh berdikari. 
          Selain itu,menurut sebuah rencana akhbar pada awal tahun 2012, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membuat kajian profil bagi menangani isu gelandangan, pengemis dan warga tua, khususnya di ibu kota.Hasil kajian itu bertujuan mendapatkan gambaran sebenar isu gelandangan di Kuala Lumpur, mengenalpasti profil secara individu setiap golongan gelandangan terbabit,mengenalpasti faktor berlakunya masalah gelandangan,memudahkan pihak bertanggungjawab membuat perancangan bagi membantu golongan gelandangan.
          Data yang diperoleh merumuskan terdapat keperluan untuk mewujudkan One Stop Intervention Centre (OSIC) dalam menangani isu itu bagi tujuan menyediakan tempat berlindung sementara kepada golongan gelandangan (homeless) produktif bekerja yang tiada tempat tinggal ,memudahkan golongan gelandangan dikesan dan dihubungi serta mengumpul profil gelandangan bagi tujuan menawarkan pekerjaan serta merancang program pembangunan dan sebagainya,mengadakan intervensi awal kepada semua golongan gelandangan (penganggur, pesakit mental, penagih dadah, pengemis, kutu rayau dan lain-lain) melalui pendekatan multisektor,memudahkan bantuan dan perkhidmatan kepada golongan gelandangan disalur dan diselaraskan,membolehkan jalinan kerjasama antara agensi secara berpusat melalui jawatankuasa khas dalam merancang program pemulihan dan pengintegrasian semula golongan gelandangan ke dalam masyarakat.
           Kita semua memang berharap usaha pihak berwajib ini akan mendatangkan hasil jika tidakpun seratus peratus tetapi sekurang-kurangnya mengurangkan fenomena gelandangan di kota-kota besar. Apa yang pasti masalah kekeluargaan mungkin sukar dibendung kerana namapun manusia, tentulah banyak ragamnya.

RUJUKAN


3.      Ong Hok Ham,November 1984,Gelandangan:Pahlawan Ilmuan Sosial

♥ The Boss ♥

  
 Assalamualaikum :) I am suhaila. A girl who is trying to be a better muslimah through days. Pray for Gaza, please <3

♥ Leave me a message ♥



♥ Credits To ♥

Skin By Little Miss : //Suhaila Roslan
Edit by You : SUHAILAofie