CASE STUDY-GELANDANGAN
Friday, December 27, 2013 | 5:16 AM | 0 ♥ Sweet Candy
Gelandangan
(orang-orang merempat) di Kuala Lumpur kini mencecah 2,500 orang dan ada lebih
500 orang adalah gelandangan tegar. Yang menyedihkan ialah, hampir 80 peratus
gelandangan adalah terdiri dari kalangan orang Melayu.Mengikut takrif Kamus Dewan, ‘gelandangan’ ialah orang yang
pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap. Mereka menjadi fokus satu rencana
di akhbar baru-baru ini
dan merupakan fenomena yang sudah lazim bagi mereka yang berada di bandaraya
Kuala Lumpur dan mungkin pusat-pusat bandar yang lain juga. Apa yang kita tahu
ialah mereka bukan penjenayah.
Gambar 1: Gelandangan yang terpaksa tidur di tepi jalan
Apakah penyebab
masalah gelandangan? Salah satunya mungkin masalah ini berpunca
daripada masalah kesempitan ekonomi. Ramai penyelidik menjadikan Amerika
sebagai contoh iaitu negara maju tersebut mengalami resesi ekonomi pada awal tahun
2000an. Harga barang naik, sementara pendapatan kaum miskin tidak berubah, atau
malah berkurang. Ada orang yang produktif dan tidak menderita cacat mental,
tetapi tidak mampu memenuhi keperluan harian sendiri. Walau apapun penyebabnya,
kehidupan harian sangat berat bagi seorang gelandangan di Amerika. Untuk
mencari tempat berteduh dari panas dan
hujan serta kering setiap malam menyebabkan mereka tidur di kawasan bawah
jambatan, tepian hentian bas, di bawah pokok rendang di tengah kota dengan
susunan kota dan sebagainya.
Jelas sekali faktor
utama yang menjadi penyebab gelandangan ialah kemiskinan.
Gambar 2: Pendapatan Garis Kemiskinan
Sewa rumah, bayaran bil,
makanan dan pakaian tidak mampu untuk diperolehi. Lantas dengan faktor inilah
menjadikan jumlah gelandangan semakin banyak di kota besar. Oscar dan
Suparlan, 1984 menyatakan kemiskinan merupakan suatu ketidaksanggupan
seseorang untuk memuaskan keperluan-keperluan materialnya.
Terdapat berbagai alasan
yang menjadikan seseorang memilih untuk menjalani hidupnya sebagai seorang
gelandangan. Bermula dari masalah psikologi, kerenggangan hubungan dengan orang
tua dan keluarga, atau keinginan untuk hidup bebas. Namun alasan yang paling
kerap digunakan dan paling umum adalah kegagalan para perantau dalam mencari
pekerjaan yang bergaji lumayan.
Sebagai usaha menangani
isu gelandangan ini, beberapa jalan penyelesaian dilakukan. Antaranya ialah
usaha oleh pertubuhan badan bukan kerajaan, Rich Organization yang
memperjuangkan isu gelandangan (homeless) di sekitar Lembah Klang. Begitu juga
dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Isu Golongan Gelandangan dalam
usaha membanteras masalah individu berpeleseran di negara ini melalui
pendekatan yang terbaik. Bagi mereka yang ingin mencari pekerjaan, kaunter
Jabatan Tenaga Kerja dibuka setiap malam Selasa dan Khamis di Masjid India dan
kawasan berhampiran Hentian Puduraya. Selain itu, Mesyuarat Majlis
Sosial Negara memutuskan untuk menubuhkan sebuah Pusat Sehenti Intervensi
bertujuan membantu golongan gelandangan. Pusat itu ditubuhkan bagi
menangani isu membabitkan golongan itu serta memberikan perlindungan sementara
supaya selepas itu mereka boleh berdikari.
Selain
itu,menurut sebuah rencana akhbar pada
awal tahun 2012, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membuat kajian profil
bagi menangani isu gelandangan, pengemis dan warga tua, khususnya di ibu kota.Hasil kajian itu bertujuan
mendapatkan gambaran sebenar isu gelandangan di Kuala Lumpur, mengenalpasti profil secara individu setiap golongan
gelandangan terbabit,mengenalpasti faktor berlakunya masalah gelandangan,memudahkan pihak
bertanggungjawab membuat perancangan bagi membantu golongan gelandangan.
Data yang
diperoleh merumuskan terdapat keperluan untuk mewujudkan One Stop Intervention
Centre (OSIC) dalam menangani isu itu bagi tujuan menyediakan tempat berlindung
sementara kepada golongan gelandangan (homeless) produktif bekerja yang tiada tempat
tinggal ,memudahkan
golongan gelandangan dikesan dan dihubungi serta mengumpul profil gelandangan
bagi tujuan menawarkan pekerjaan serta merancang program pembangunan dan
sebagainya,mengadakan intervensi awal kepada
semua golongan gelandangan (penganggur, pesakit mental, penagih dadah,
pengemis, kutu rayau dan lain-lain) melalui pendekatan multisektor,memudahkan bantuan dan perkhidmatan kepada golongan gelandangan disalur dan
diselaraskan,membolehkan jalinan kerjasama antara
agensi secara berpusat melalui jawatankuasa khas dalam merancang program
pemulihan dan pengintegrasian semula golongan gelandangan ke dalam masyarakat.
Kita semua memang berharap usaha
pihak berwajib ini akan mendatangkan hasil jika tidakpun seratus peratus tetapi
sekurang-kurangnya mengurangkan fenomena gelandangan di kota-kota besar. Apa
yang pasti masalah kekeluargaan mungkin sukar dibendung kerana namapun manusia,
tentulah banyak ragamnya.
RUJUKAN
3. Ong Hok Ham,November
1984,Gelandangan:Pahlawan Ilmuan Sosial