**Suhaila's area**
kuey teow kungfu by chef SUHAILA :)
Monday, March 26, 2012 | 5:35 AM | 1 ♥ Sweet Candy


assalamualaikum u alls :))

hee,hari nie kita update blog pasal resepi sue ok? haa,lepas plkn nie,sebelum bekerja,sue kerja dekat rumah dato' khairol bong bin abdullah,sue jd bibik. haha. selain bibik,sue pun kadang-kadang jadi chef okay,, jangan pandang sebelah mate taw. nie nak bg resepi macam mana nak buat kuey teow yang sedapp macam sue punya. haha *sangat perasan nie,

first thing,sediakan semua bahan ok,baru senang kerja nak memasak nanti.

BAHAN A.

  • 1 bungkus kuey teow
  • 5 biji telur, (dipukul rata)
BAHAN B.


  • 100 gram udang basah(tapi sue tak masukkan udang,banyak cholesterol,HAHA.)
  • 150 gram isi ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 100 gram sawi kailan(sawi biasa pun boleh)
  • 100 gram kubis bunga
  • 1 batang lobak merah
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu makan tepung jagung dan 1/2 cawan air(dibancuh)
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan lada sulah
  • garam secukup rasa
CARA MEMBUAT.
  1. panaskan minyak dan goreng telur bersama kueyteow sehingga sedikit garing dan asingkan.
  2. tumis sedikit bawang putih yang dihiris sehingga sedikit garing dan masukkan isi ayam dan udang.
  3. masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah,sos tiram dan lobak merah.
4.masukkan tepung jagung yang sudah dicampurkan dengan air dan kacau supaya tepung tak bergentel.
5.campurkan kailan dan kubis.tutup api dan kacau.
6.tuangkan kuah atas kueyteow dan hidangkan.
7.kalau nak lagi sedapp,makan panas-panas taw.!

  • okay,habis,sedap senang kan?
  • :))nie series sue taw yang masak,nampak lazat kan,? rasa dye lg uummpphh.!!


    *yang tak ada kerja dekat rumah tuh,boleh la try masakan ala-ala chinese nieh,asik makan makanan melayu jer kan,tukar lah selera sekejap. hee. :)

    ok bubbye.assalamualaikum :)

    ♥ The Boss ♥

      
     Assalamualaikum :) I am suhaila. A girl who is trying to be a better muslimah through days. Pray for Gaza, please <3

    ♥ Leave me a message ♥



    ♥ Credits To ♥

    Skin By Little Miss : //Suhaila Roslan
    Edit by You : SUHAILAofie