**Suhaila's area**
Anak Perempuan Cantik yang Melihat Pelangi.
Tuesday, October 16, 2012 | 2:27 AM | 0 ♥ Sweet Candy
Assalamualaikum. :)

Dah 4 hari duduk rumah,tak ada apa sangat lahh yang telah dibuat. Setakat kerjarumah,kemas rumah,basuh baju,lipat baju,basuh pinggan,sidai baju (saja je nak tunjuk betapa rajinnya aku ). Selain online,tengok cerita Adam Hawa ada jugak laa aku baca satu buku nie. Mama yang beli time aku takada hari tuhh. Mama suruh baca. So,sebabkan boring memang lah aku baca. At least banyak yang aku dapat daripada membaca tuhh.Tajuk buku tuhh,"Padanya Ada Hikmah".Aku tertarik nak share satu daripada banayk banyak cerita yang ada dalam buku nie. Tak tahu kenapa,tapi share je lahh kan. Okay,the story begin :

Tidak banyak,pasti tetap ada sebibit kebahagiaan untuk manusia yang menatap pelangi.Itu yang saya percaya,dan itu yang semua manusia percaya.Hinggalah pada hari itu,menatap pelangi itu memberi makna lain kepada saya.Pelangi itu bukan tentang bahagia, tetapi tentang sesuatu yang membuatkan hati saya terjatuh ke daerah gusar.

    Lalu,pada hari itu,semasa perjalanan pulang dari hospital,saya ditanyakan oleh seorang pemandu teksi yang ramah,apa sakit saya.Saya berkata,saya tidak ada apa-apa sakit.Dengan hairan dia bertanya lagi,lalu dengan penuh perasaan mahu berkongsi,saya ceritakan isah ini pada beliau,kisah yang semoga diambilnya sebagai iktibar.

Ibu muda

Saya adalah ibu yang bahagia.Saya fikir itu adalah perasaan semua ibu yang mempunyai anak perempuan yang cantik,dan beberapa bulan sebelumnya,saya melahirkan anak kedua yang juga cantik.Saya berasa diangkat ke langit hanya kerana status saya sebagai seorang ibu yang punyai dua anak yang meneduhkan hati.

  Segala-galanya terlihat sempurna,sehinggalah pada suatu hari,anak perempuansaya yang cantik itu datang menemui saya ,berkata sesuatu yang saya sangkakan bahagia.

Pelangi

"Ibu,mengapa saya nampak pelangi?"

   "Sayang,mana ada pelangi di  sini," kata saya lembut. Rambutnya yang ikal saya belai lembut.

   "Betul, ibu. saya nampak pelangi," katanya lagi dengan jarinya menunjuk-nunjuk sesuatu.

    Lama saya memerhatikan ke arah yang ditunjuk,namun tetap sahaja kosong.Pelangi apa yang dilihat anak saya? "Mana?" saya terus bertanya.

   "Itu,merah,biru,hitam..."

  Mendengarkan sahaja itu,saya terus tertawa kecil dan berkata,"anakku,pelangi tiada warna hitam.Kamu main-mainkan ibu ya ? "

   "Betul,ibu.Saya nampak pelangi.Saya nampak pelangi."Suara anak saya mula terdengar hiba,dan pelupuk matanya mula berkolam minta dipercayai.

   Buat kali pertamanya,saya diam.Apabila anak sudah meminta mahu dipercayai,saya melihat perkara itu sebagai sesuatu yang serius.Saya memandang tepat kearah matanya.Saya meniup perlahan-lahan dan dengan senyuman madu saya berkata, "Ibu sudah tiup mata kamu. Ada lagi pelangi ? "

  Anak kecil yang cantik itu mengerdipkan matanya.Kemudian dia menambah dengan menggosokkan matanya. "Ada lagi, Ada lagi pelangi. Ibu,pelangi ada lagi. "

  Anak kecil itu mula menangis tersedu-sedu.Resah saya sudah menggunung.Pada waktu itu,saya tahu satu perkara,anak saya tidak main-main.Lama saya terdiam,dan terlintas juga dalam fikiran mungkin anak saya terkena sampukan makhlus halus dan perlu bantuan bomoh. Mujur,sesaat selepas fikiran itu datang,saya kembali rasional.Dan pada waktu itulah saya berjumpa dengan doktor mata itu.

Mata

Bagi saya semua doktor adalah sama.Mereka adalah orang yang mengubati, dan mereka adalah orang yang mengubati bukan sekadar dengan peralatan serta ubat mereka,malah dengan kata-kata.Pada hari itu,saya bertambah yakin dengan apa yang saya percaya.

   "Puan,mata anak Puan normal,tidak ada apa-apa masalah." kata Doktor itu sebaik mata anak saya doperiksa dengan alat yang tidak saya tahu namanya.

 Saya memandang anak perempuan saya yang duduk di sebelah kiri.Rambutnya saya usap sebelum berkata, "Matamu bagaiman,sayang ? "

   "Masih nampak pelangi," kata nak saya dengan wajah hiba.

   "Dia masih nampak pelangi,Doktor.Doktor pasti mata anak saya normal ? " soal saya dengan wajah khuatir.

  "Ya,normal."

   Jawapan dan senyuman doktor itu masih belum meyakinkan saya,dan saya kembali bertanya. "Jadi,bagaimana dia dapat nampak pelangi ? "

  Bagi soalan itu,doktor itu diam seketika.Sempat kembali fikiran saya membenarkan ,yang anak saya itu mungkin disampuk makhluk halus.

   "Berapa bulan umur bayi Puan ? " soal Doktor itu lembut.

  Berkerut juga dahi saya mendengarkan soalan itu.Apa kaitan bayi saya dengan pelangi yang dilihat oleh anak perempuan saya?"Lpan bulan" jawab saya tanpa meuahkan rasa sebenar hati.

  Doktor itu mengangguk-angguk,dan saya pula  bertambah bingung.Saya kenal angguk itu.Angguk yang punya jawapan,tetapi apa ?

  "Puan,memangmata anak Puan normal.Apa yang tidak normal adalah pada perasaannya." kaa Doktor itu,dan membuatkan saya terkejut.

  "Maksud Doktor ? " Kuathati saya mengatakan doktor itu juga percaya yang anak saya diganngu makhluk halus.Sekiranya tidak,mengapa diaberkata perasaan anak saya tidak normal?

 "Selama ini,anak Puan rapat dengan Puan.Saya percaya ke mana sahaja Puan pergi,pasti anak ini mengikut ataupun Puan sendiri yang membawanya bersama.Itulah yang ada dalam perasaan anak ini.Dia percaya yang dia sentiasa akan punya masa dengan ibunya.Masa yang tidak pernah terhad.Tetapi,pada ketika Puan melahirkan anak kedua,anak ini mula berasa ada sesuatu yang tidak kena.Masa yang sebelum ini Puan luangkan bersama dia sudah dibahagikan.Tetapi,bagi anak kecil ini,itu bermaksud Puan tidak sudah punya masa bersamanya."

  "Maksud Doktor?"sampk saya segera.Entah mengapa saya berasa khuatir mendengarkan penerangan Doktor itu.

  "Maksud saya,anak ini merasakan Puan sudah tidak ada masa dengannya.Sayangnya,dia masih kecil,dan anak kecil tidak tahu meluahkan perasaannya.Dia cuma engerti sesuatu perlu dilakukan bagi menarik perhatian Puan. Dia pun mula berkata yang dia terihat pelangi.Dia tahu,ibunya sayangkannya,tetapi dia berasa sering dilupakan.Melihat pelangi adalah jalan untukknya diingat kembai,dan ia adalah jalan bagi mendapatkan perhatian." terang doktor itu jelas dan bersungguh-sungguh.

Saya terpempan,Kata-kata doktor itu meresap ke hati.Aduhai anakku...kasihannya kamu.Hnaya dengan melihat pelangi,kamu fikir mampu mendapatkan kasih sayang ibu.Anakku,kamu tidak perlu nampak aa-apa sayang..ibu sayangkan kamu.cuma ibu yang terlupa ada kamu untuk selalu diberi masa untuk selalu diberi perhatian.

   Dan pada ketika itu jugalah saya peluk anak saya.Peluk dia kuat-kuat dengan airmata yang menitik. "Maafkan ibu,sayang. Maafkan ibu. "

                      THE END



********So,apa yang korang rasa lepas baca cerita nie? Betapa indahnya perasaan anak kecil nie kan. kepada ibu ibu dan bakal ibu seperti aku even lambat lagi,tak salah nak dijadikan pedoman cerita nie.Sayangilah anak-anak.Jangan pernah lupa tentang mereka.InsyaAllah. :)

##untuk manusia,Tuhan tidak pernah memberi kisah yang sia-sia.


^^buku "Padanya Ada Hikmah"
   Prof Dr Muhaya Mohamad Bahruddin Bekri


♥ The Boss ♥

  
 Assalamualaikum :) I am suhaila. A girl who is trying to be a better muslimah through days. Pray for Gaza, please <3

♥ Leave me a message ♥



♥ Credits To ♥

Skin By Little Miss : //Suhaila Roslan
Edit by You : SUHAILAofie