**Suhaila's area**
Taufan Sandy AS.
Wednesday, October 31, 2012 | 10:05 PM | 0 ♥ Sweet Candy
Assalamualaikum.

yeah,beberapa hari yang lepas,sibuk dan ramai mengatakan tentang taufan sandy yang telah menyerang Amerika Syarikat nie. dekat berita,tv,internet,radio,suratkhabar dan semua media massa lah.

okay,sedikit info tentang taufan sandy nie ----->


NEW YORK 30 Okt. - Sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan terbunuh di tujuh buah negeri apabila Taufan Sandy mengganas, membadai kawasan persisiran pantai timur Amerika Syarikat (AS), awal hari ini menyebabkan lebih sejuta penduduk di beberapa negeri terpaksa dipindahkan.

Antara negeri yang mencatat kematian termasuklah New York, New Jersey, Maryland, Pennsylvania, West Virginia dan North Carolina apabila taufan itu melanda AS sejak pukul 8 malam tadi (8 pagi waktu Malaysia hari ini, menjejaskan lebih 50 juta penduduk di wilayah itu.
Kira-kira sejuta penduduk yang terjejas teruk turut dipindahkan.

Taufan gergasi itu membawa kelajuan angin 130 kilometer sejam, melanda kawasan persisiran pantai sejauh beratus-ratus kilometer dengan beberapa negeri dilanda hujan lebat dan bandar-bandar utama lumpuh dengan bandar raya New York paling teruk terjejas.

Presiden Barack Obama mengisytiharkan dekri kecemasan di New York dan New Jersey, selepas taufan tersebut mengakibatkan kira-kira 13,500 penerbangan di seluruh negara dibatalkan semalam dan hari ini.
Bandar raya New York lumpuh apabila sistem pengangkutan kereta api bawah tanah terjejas teruk, terburuk dalam tempoh 108 tahun, sementara kira-kira tujuh juta penduduk di seluruh negara turut mengalami masalah terputus bekalan elektrik.

Satu kebakaran besar di kawasan penempatan di New York City yang banjir, menyebabkan 50 buah rumah musnah, namun hanya dua orang mengalami kecederaan ringan.
Suasana di sekitar pusat bandar Manhattan turut panik apabila banjir setinggi 3.9 meter menenggelamkan terowong-terowong dan stesen kereta api bawah tanah, selain menyebabkan pelancong serta pesakit-pesakit di hospital terpaksa mencari tempat berlindung.

Dalam perkembangan berkaitan taufan gergasi itu, dua buah loji kuasa nuklear masing-masing di New Jersey dan New York ditutup awal hari ini, namun operator loji menyatakan, ia tidak mendatangkan risiko terhadap keselamatan awam.

Pusat Taufan Kebangsaan menyatakan, Sandy yang berubah lemah kini bergerak ke kawasan pedalaman, namun masih mampu menghasilkan angin kencang serta banjir di sepanjang pantai timur.

Sejak membadai Caribbean beberapa hari lalu, taufan tersebut telah mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa.
Firma pengurusan bencana, Eqecat meramalkan, Sandy boleh menjejaskan kira-kira satu perlima atau 60 juta penduduk AS dan mengakibatkan kerugian berjumlah AS$20 bilion (RM60 bilion). - AGENSI


Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd 



PELAJAR MALAYSIA DI AS.


Taufan Sandy: Penuntut Malaysia di AS waspada

30/10/2012 5:49pm

KUALA LUMPUR — Perasaan waspada menyelubungi penuntut Malaysia yang berada dalam kawasan taufan Sandy di Amerika Syarikat (AS) terutama mereka yang pertama kali melalui pengalaman itu.
Penuntut tahun tiga di Stevens Institute of Technology, New Jersey, Fauzan Afandi berkata, seramai 50 orang penuntut Malaysia di pusat pengajian itu terpaksa bergelap ekoran gangguan elektrik akibat taufan Sandy.
"Kami agak cemas ketika bekalan elektik putus kerana dalam notis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, sekiranya bekalan elektrik putus, ia akan mengambil masa beberapa hari untuk kembali pulih,"katanya dalam emel.
Fauzan, yang berada di sana semasa taufan Irene melanda tahun lepas, berkata, beliau telah membuat persiapan mencukupi menghadapi suasana kali ini seperti menyediakan lampu suluh, bateri serta mengecas bateri telefon sepenuhnya.
"Kami sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga dan menjimatkan sumber yang ada, terutamanya bateri telefon," katanya.
Menurut Fauzan, perintah berkurung juga telah dikuatkuasa dan tidak pasti sehingga bila.
"Menurut emel dan SMS yang dihantar oleh pihak berkuasa tempatan dan pihak universiti, tempoh berkurung berkuatkuasa sejak jam 6 petang tadi, dan kami perlu menunggu arahan seterusnya berikutan cuaca yang tidak menentu sekarang," katanya.— BERNAMA
*sumber :KOSMO!

LIYANA JASMAY  DI AS






photo credited to encik google.
sama-sama kita ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. ASSALAMUALAIKUM.


♥ The Boss ♥

  
 Assalamualaikum :) I am suhaila. A girl who is trying to be a better muslimah through days. Pray for Gaza, please <3

♥ Leave me a message ♥



♥ Credits To ♥

Skin By Little Miss : //Suhaila Roslan
Edit by You : SUHAILAofie