**Suhaila's area**
hantaran ,kenapa perlu mahal-mahal ?
Wednesday, November 7, 2012 | 12:05 AM | 0 ♥ Sweet Candy
assalamualaikum.

hee,post nie nak mengatakan tentang hantaran. perempuan,kenapa perlu minta hantaran tinggi tinggi ? okay,bab nie macam perli diri sendiri la,sebab sebelum sue tahu pasal wang hantaran nie sue macam perempuan lain jugak.nak hantaran tinggi tinggi. mahu 20k. memang mata duitan sangat nampaknya. tapi ive change my prinsip. hee selepas tahu oleh seorang rakan lelaki nie. thanks to him,mungkin dia pun risau ramai sangat perempuan yang minta hantaran mahal mahal sekarang :P

BEZA WANG HANTARAN DAN MAHAR

*Wang hantaran bukanlah sesuatu yang wajib diberikan kepada pengantin perempuan tetapi ia dibenarkan di dalam Islam sebagai bantuan kewangan untuk majlis perkahwinan dengan syarat selagi tidak melampau. Maksud melampau ialahsehingga membebankan bakal pengantin atau mereka yang berkaitan. Contohnya hingga terpaksa berhutang untuk menyediakan jumlah hantaran tersebut.


*Berbeza dengan mas kahwin (mahar) yang merupakan satu pemberian wajib daripada seorang suami kepada isterinya. Malahan isteri dibenarkan menolak permintaan suami pada ‘malam pertama’ sekiranya bayaran mas kahwin masih belum diberikan.

Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t.  bermaksud : “Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka “. ( Surah An-Nisaa’ – Ayat 4 ) , Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi”. (Riwayat Bukhari ) .

Dalam situasi masyarakat sekarang, telah berlaku satu fenomena yang kontra. Pemberian wajib (mahar) diletakkan dalam jumlah yang terlalu sedikit sedangkan pemberian ‘hantaran’ yang harus diletakkan dalam jumlah yang tinggi. Wang hantaran inilah yang menjadi masalah kepada kaum lelaki sekarang untuk berkahwin. Masyarakat seolah-olah berlumba untuk meletakkan Wang hantaran paling tinggi kepada anak gadis mereka. Sikap sebegini dilarang oleh agama.
Masyarakat kita hari ini semakin hari semakin memberatkan dan menyulitkan perkahwinan dengan meletakkan hantaran perkahwinan yang tinggi. Jika ditakdirkan wanita tersebut mempunyai kelayakan ijazah tinggi, maka lagi tinggilah belanjanya. Bagi keluarga dan mungkin wanita itu sendiri, beranggapan bahawa dengan belanja yang tinggi, masyarakat akan memandangnya dengan nilai ‘value’ yang tinggi.
Apabila sudah ramai muslim yang berfikir dan bertindak sedemikian, mereka seperti “membudayakan” kebiasaan meminta ‘hantaran’ yang berlebih-lebihan.  Akibatnya ramai golongan muda  yang tidak mampu mendirikan rumah tangga, penyakit moral bertambah luas dan akhirnya banyak sekali lelaki dan wanita yang hidup merana disebabkan oleh” krisis perkahwinan”.
Melayukini.net - Kita mempunyai pilihan yang tersendiri. Tidak salah untuk meletakkan hantaran kepada pihak pengantin lelaki, tetapi ia perlulah berpatutan dan tidak membebankan bakal suami. Pihak lelaki pula, tidak boleh merungut kerana itu kehendak mereka, dan anggaplah ia sebagai hadiah. Jika tidak mahu, itu terpulang kepada keluarga di antara kedua-dua  pihak.


our conversation :)

Wahai wanita,marilah kita sama-sama renungkan kembali. termasuklah diri saya sendiri,InsyaAllah hidup lebih diberkati. Amin :)

♥ The Boss ♥

  
 Assalamualaikum :) I am suhaila. A girl who is trying to be a better muslimah through days. Pray for Gaza, please <3

♥ Leave me a message ♥



♥ Credits To ♥

Skin By Little Miss : //Suhaila Roslan
Edit by You : SUHAILAofie