**Suhaila's area**
Ujian undang-undang.
Thursday, April 25, 2013 | 12:28 AM | 0 ♥ Sweet Candy
Assalamualaikum.

First of all,sangat sangat bersyukur Alhamdulillah dapat lepas ujian computer undang undang untuk lesen kereta nie on first trial. Memang cuak memula datang takut tak lepas. Nak submit jawapan punn rasa berdebar-debar terketar ketar. Beribu kali baca soalan ulang ulang takut salah baca. Yela,malas nak buat banyak kali benda nie, kalau dah lepas dan lulus sangat lah lega. So kita boleh focus untuk next step. jyeaaaahhh :D

Di sinilah aku amik test comp :)


Okay pengalaman perjalanan untuk memasuki tempat test ini agak menyesakkan. Bermula dengan Encik Zaidi yang mengambil aku dekat rumah then tiba tiba dia drop kan aku dekat tempat yang memang aku tak ingat dan tahu kat mana even dalam melaka sendiri. Dia cakap, "Adik turun kat sini, tempat test yang ada tangga belah kiri tuh, yang ada kertas tuh". Aku pun turun la dah orang suruh kan tapi sangat pelikkkk tempatnya. Hai hai nie bukan tempat kursus kpp hari tuh. Dah lah tempat tuh tak bukak lagi. Before 8 pagi aku dah sampai. Lepas tuh aku nampak banyak gilo anjingss dekat situ. Aku pun pergi main jauh jauh sikit dekat dengan kedai runcit. Aku tak tahu nak buat apa lenguh kaki den berdiri aku pun pergi beli air. Okay dah berapa minit tak ada siapa langsung yang datang. Takkan aku sorang je yang nak amik test nie ? Perasaan dah pelikk...

anjing kat sana bukan yang jenis kiut miut okayy yang muka gangster adelaaa T.T


.............................
20 minit kemudian,

Ada makcik yang kerja dekat kedai kat situ tanya

Makcik : Adik nak amik ujian ea ?
Aku      : Aah makcik,tapi saya takut nak duduk kat sana, banyak anjing... *buat muka takut
Makcik : Kat sini memang ada banyak anjing....
Aku      : Heeee *Sengeh tak ada perasaan

Tamat perbualan,

Punya lah lama aku tunggu itu je yang aku dapat berbual. Aku pun beranikan diri pergi dekat tempat tuh balik, tapi.... anjing tuh mungkin nampak muka aku macam gangster kutt ? Terus dia lari dekat aku, haissssh aku pun patah balik pergi kedai tadi. Aku bukan penakut sangat tapi malas aku nak samak bagai kalau dah terpegang yang haram nie. lecehhhhh. Alasan yang kukuh kan ? Then aku tunggu je la dekat depan kedai niee tapi ada halangan lagi bila mata mata mamat pendatang asing nie asyik pandang je. Nak cakap aku comel sangat tak ada punn, nak cakap aku pakai seksi, tidak jugak. Haishh diorang tengok sampai sengeh sengeh meluat aku. Tetiba aku nampak ada seseorang berdiri depan tempat test aku tuh. Ya Allah,Alhamdulillah ada pun orang. Aku pun dengan lajunya pergi sana dan excited bebenor  berbual. hahaha. Tunggu lagi 10 minit baru lah ada makcik india yang kerja dekat tempat test bukak pagar. Dah lah kena naik tiga tingkat pffffttttt -.-' Kalau nak dicampurkan memang  40 minit aku tunggu. hmmmmm

Makcik india yang kerja nie pun satu hal, tak mesra alam langsung buat aku lagi cuak je nak amik test. Bebudak lain semua duk hadap buku undang undang tuh lagi. Aku je goyang kaki. haha, aku penat tunggu berdiri kat luar tadi taw ! tak ingin nak baca lagi merajuk dengan buku tuh. Tapi satu sebab lagi dari habis kursus kpp hari tuh aku duk mentelaah je buku tuh, apa nak dibaca lagi. Tawakal je la. hoho.

Then tiba di depan pc num 6 aku pun isi num ic. then first sekali kena buat ujian rabun warna. tahniah! aku tak rabun warna , aku dapat fullmarrk. heee. Then next step ujian rabun pulak, time nie siapa yang sebenarnya pakai spec memang kene pakai spec time ujian.Tahniah lagi ! Aku tak rabun ,dapat fullmark lagi. yeah yeah. gembira. Lepas tuh tiba lah soalan yang ada 50. Bahagian A,Bahagian B,Bahagian C. Aku jawab test nie memang macam jawab exam betul taw. Punya serius muka aku, banyak kali baca soalan, soalan yang susah aku siap skip lagi. hikhik. Lepas dah jawab semua dedau berdedau dedau jantungku tunggu result nya. then tengok terus gagal/lulus tak tengok markah lagi. tengok lulus !!! memang aku sengih sensorang depan pc tuh. Rasa macam nak baling baling pc tuh sebab happy gila. Adalah dalam 2 ,3 minit aku tenung result aku tuh. heeeee. Then pergi kaunter amik gambar, amik result sekali. Aku buat test tuh 20 minit 49 saat. Masa sebenar yang diperuntukkan adalah 45 minit. heeee




Alhamdulillah sangat. Terus aku mesej mama cakap dah lulus. Banyak pulak tuh tanda seru :P nak tunjuk betapa happynya aku hikhik. Ada satu lagi masalah yang melanda aku. Lepas dah happy ,aku pun terus call pakcik tuh suruh amik aku, aku cakap aku dah siap. Sementara tunggu aku ingat nak pekena nasi lemak. Sebab time tuh baru pukul 9 lebih perut pun dah berkeroncong untuk Ana. Dari hujung kedai sana aku jalan pergi ke hujung kedai sini,satu kedai melayu pun aku tak jumpa. Nak nanges T.T Terbantut hasrat aku. Yang lagi manghangikan nak dekat dua jam aku tunggu pakcik tuhhh. Dah nak patah kaki aku berdiri tercegat macam jaga kat tempat tuhhh baru lah sampai. Itu pun dia suruh orang lain yang tolong hantarkan. hmmm hmmm hmmm. Okay la benda dah lepas, yang penting aku dah selamat sampai rumah dah boleh menaip kemain panjang lagi kat sini :)


*hai sempat tangkap gambar sementara menunggu kan :D


Hari sabtu nanti pergi amali pulak ! Wish me luck guys :)


♥ The Boss ♥

  
 Assalamualaikum :) I am suhaila. A girl who is trying to be a better muslimah through days. Pray for Gaza, please <3

♥ Leave me a message ♥



♥ Credits To ♥

Skin By Little Miss : //Suhaila Roslan
Edit by You : SUHAILAofie